ختم خوجكان

Khatm Khaujakan

Khatm Khaujakan adalah dzikir harian dan mingguan di amalkan dalam Tareqat Naqsyabandi.Dzikir ini telah amalkan oleh ahli sufi sejak di abad ke 10 lagi. Dzikir ini di asaskan Abdul Khaliq ad Gudgwani seorang ahli sufi dari Tareqat Khwajagan kira-kira lebih 1000 tahun yang lalu dan seterusnya di amalkan oleh masyarakat Islam hingga ke hari ini. Disebutkan dikebanyakan ahli ahli sufi dalam tarekat tersebut bahawa murid-muridnya akan berkumpul setiap minggu dengan Sheikh Murshid setelah menjalani majlis ilmu dan ibadah dan menutup majlis ini dengan membaca Khtam Khaujakan dalam halaqah bersama sama dengan Sheikh Murshid mereka.

Mengenali Wirid Khaujakan ورد خوجكان

Wirid Khaujakan pula merupakan satu wirid khas yang menjadi pegangan ahli tarekat dan ahli hikmat dan orang solehin dari Tanah Jawa. Terdapat sedikit persamaan dalam wirid ini dengan apa yang diamalkan oleh ahli Tarikat Naqshabandiah dan Tarekat Qadiriyah kerana dari urutan pengasas (Mashaykh) yang sama. Wirid Khaujakan mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an, Zikir dan Solawat al Fateh, dan doa doa pilihan yang amat mustajab. Wirid ini telah disusun oleh pengasasnya yang bergelar Tuan Guru atau Kiyai yang mempunyai ‘authorithy’ untuk menyusun wirid ini dan mengijzahkannya kepada pengamalnya dan turun dari satu generasi ke satu genarasi.Amalan Wirid Khaujakan pada hari adalah legasi daripada para ahli tarekat dan solehin sejak dari zaman silam.

Tujuan mengamalakan Wirid Khatm Khaujakan.

Menurut al Sheikh al Imam As Sayyid Muhammad Haqqi An Naazili dalam karangannya Kitab Khozinatul Al asrar Al Qubro, halaman 188, bahawa telah sepakat semua Guru Murshid imam tarekah bahawa ialah untuk laksanakan hajat, dihasilkan keinginan, mencegah bahaya, mengalahkan musuh dan hasutan syaitan, diangkatkan darjat sampai ke maqam Muqorobin, maka Guru Murshid telah mengamalkan Khatam Khaujakan.

Tarbiyah Wirid Khaujakan ke Tanah Melayu

Amalan Wirid Khaujakan telah dibawa dan perkenalkan ke Tanah Melayu oleh Almarhum Kiyai Haji Fadhil bin Abu Bakar al Bantani pada tahun 1912. Beliau berasal dari Banten sebuah daerah dalam propinsi Jawa Barat, Indonesia.Setelah lama menetap di Makkah beliau telah berhijrah dan datang Malaya iaitu ke Lenga, Muar untuk tujuan berdakwah kerana ketika suasana di tanah Arab dibawah fahaman Wahabi yang melarang segala amalan sufi dan tarekat. Beliau adalah pengamal tarekat Naqshabandi/Qadiriyah/Tijaniah dan telah berguru dengan beberapa kiyai di daerah Banten dan beberapa orang Shaykh Tassauwuf di Makkah. Amalan Wirid Khaujakan telah disebar luas melalui dakwah nya di masjid masjid dan surau di sekitar Lenga dan Muar Secara ringkasnya Kiyai Hj Fadhil adalah pendiri dan khalifah. Wirid Khaujakan yang ulung di Tanah Melayu. Wirid Khaujakan mula menjadi amalan umat Islam di seluruh negeri Johor pada tahun 1940an.

Sila rujuk buku berikut terbitan Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor untuk keterangan lanjut: