Sebagai penjelasan makna Khaujakan seperti yang diturunkan jawapannya dalam Warta Jabatan Agama Johor bilangan 206 bertarikh November 1970 oleh mantan Kadhi besar Johor Al Marhum Datuk Sayyid Alwee Bin Abdullah al Hadad bahawa tersebut dalam Kitab Tanwirul Qulub karangan al Sheikh Muhammad Amin al Qurdi bahawa perkataan Khaujakan adalah diambil daripada perkataan bahasa Farsi lama dalam bentuk jamak (plural), dan mufradnya (tunggalnya) ‘al khawajihu’ atau ringkasnya khawajah yang membawa maksud al Shyakh Guru atau Tuan Guru.
Dari sumber lain pula Khaujakan atau Khwajagan adalah gelaran kepada ahli Sufi di rantau Timur Tengah, Asia Tengah dan Asia Tenggara. Dalam bahasa Arab disebut al-Syaikh membawa maksud Tuan atau Masters dalam bahasa Inggris dan dalam bahasa Melayu boleh dimaknakan dengan gelaran Sheikh Murshid.
Asal perkataan Khaujakan timbul ialah apabila Tarekat Khwajagan/Naqshbandiyah dan Tarekat Qadiriyah yang berasal dari Asia Tengah dan Tanah Aran dibawa masuk ke Asia tenggara khusus ke Kepulauan Jawa masuk melalui Selat Sunda terus ke Banten oleh ulama Sambas bernama Sheikh Ahmad Khatib Bin Abdul Ghafar al Sambas dan di sebar luas oleh Khalifah nya Sheikh Abdul Karim al Bantani. Tarekat ini juga telah di gabungkan menjadi Tareqat Qadariah Wa Naqsyabndiah (TQN) demi untuk menyatukan masyarakat setempat yang ketika itu di bawah tekanan pihak Belanda yang menjajah negara mereka.Dalam Tareqat in mereka mengamalkan satu dzikir yang dinamakan Khatm Khaujakan yang kebiasaannya diamalkan dimajlis zikir di perhimpunan mingguan di antara murid dengan Sheikh Murshid mereka.