Yang Dipertua

  instant bonus online casino games

As SHEIKH USTAZ HJ AHMAD BIN HJ TUNGGAL

YANG DI-PERTUA BADAN KEBAJIKAN JEMAAH KHAUJAKAN JOHOR online casinos that use paypal

 

Dilahirkan di Muar, Johor tanggal 28 Ogos 1947, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Keroma, Muar dan menengah di Sekolah Menengah Mohd Yasin Jalan Bakri, Muar. Beliau berpeluang menyambungkan pendidikannya ke Kaherah, Mesir di Universiti al Azhar dan mendapat Ijazah dalam bidang Syariah Wal-Qanun.
Beliau mula bertugas pada tahun 1976 dengan menjadi seorang pendidik di bidang agama di SMK Dato Sri Amar DiRaja dan sekolah Menengah Sains Muar sebelum menyandang jawatan Pegawai Agama di Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada tahun 1995. Setahun kemudian bertugas sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Agama Kluang dan kemudian sebagai Guru Pakar Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Agama Maahad Muar.


Al Sheikah Ustaz Hj Ahmad telah lama berkecimpung di bidang agama dan telah menjalankan amanah dengan cermerlang, sebagai penghargaan kepada jasa jasanya di bidang dakwah beliau di kurnia pelbagai anugerah seperti Anugerah Guru Cemerlang Negeri Johor 1996, Anugerah Tokoh Guru Agama Cemerlang Negeri Johor pada tahun 2000, Anugerah Toko Guru Peringkat Daerah 2012, Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri pada tahun 2003 dan Anugerah Toko Guru Peringkat Negeri 2013.
Setelah bersara dari perkhidmatan pada tahun 2003 beliau terus aktif sepenuh masa melibatkan diri dalam masyrakat di bidang keagamaan. Selain menjadi teraju pengerak dakwah Badan Khaujakan Johor beliau juga menjadi Imam di Masjid al Manar di Muar, Guru Takmir di surau dan masjid, Jurunikah dan Amil Zakat. Beliau juga menjadi penceramah keagamaan dan penceramah motivasi dan banyak menerajui aktibiti pembangunan kerohanian dalam masyarakat.


Al Sheikh Ustaz Hj Ahmad amat meminati bidang penulisan dan beliau telah mengarang beberapa buah buku ilmiah yang berteraskan keagamaan sebagai rujukan pelbagai pihak. Antara buku buku yang ditulis yang sangat sesuai dijadikan santapan rohani ialah seperti buku Insan Rabani, Ketenteraman Jiwa, Bimbingan Rohani dan beberapa buah buku sebagai rujukan dan panduan seperti Doa, al Quran dan Hadis, Solawat al Fateh dan sebagainya. Kesemua buku buku ini diterbitkan oleh Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor. internet high stakes gambling new


Ustaz Hj Ahmad Bin Hj Tunggal ketika ini Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor. Beliau diamanahkan untuk memimpin badan ini yang mempunyai seramai lebih 25 ribu orang ahli jemaah dan meneruskan usaha usaha badan ini bagi mengajak ahli ahli mendekatkan diri kepada Allah Subhanwata’alah melalui misi ibadah, Imarah, Mujahadah dan Dakwah yang menjadi dasar dan pegangan badan Khaujakan ini.

  how to play online casino in malaysia

 

  online casino that actually pays

online casinos with the best promotion