Perkataan Khaujakan adalah diambil daripada perkataan Farsi dalam bentuk jamak (plural), dan mufradnya (tunggalnya) ‘al khawajihu’ yang membawa maksud dalam bahasa Arab al-Syaikh dan dalam bahasa Melayu boleh dimaknakan dengan Sheikh Tasauf atau Guru.Tasauf. Dinamakan Khatam Khaujakan kerana Guru Tasauf apabila berhimpun dengan murid-muridnya dan bercadang hendak keluar dari majlis itu, mereka sudahi majlis itu dengan membaca zikir-zikirnya dengan adab-adab dan kaifiatnya.
Wirid Khaujakan adalah merupakan satu ibadah wirid yang ditulis dengan disiplin dan peraturan yang lengkap. Wirid Khaujakan didalamnya risalahnya mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an, zikir dan Selawat atas Nabi, Asma’ ul Husna dan doa doa yang yang mustajab.Adalah tujuannya utamanya ibadah wirid ini ialah untuk pembangunan kerohanian insan bagi mendekatkan diri kepada Allah (SWT) serta memohon kerahmatan dan keredhaanNya.di dunia dan akhirat. Wirid Khaujakan adalah antara amalan amalan yang terdapat di dalam Tarikat Naqshabandiah.
Khaujakan telah dikenali oleh masyarakat Islam pada zaman Sultan Aulia’ as-Syaikh Abdul Kadir Jailani dan as-Syaid Muhammad Haqqi An-Nazali kira-kira lebih 1000 tahun yang lalu.
Wirid Khaujakan mula menjadi amalan masyarakat Melayu atau umat Islam di Malaysia atau Malaya ketika itu pada awal tahun empat puluhan (1940-han), khususnya di negeri Johor. Wirid ini telah perkenalkan ke Tanah Melayu oleh Allahyarham Kiayi Haji Fadhil bin Abu Bakar Al Bantani Nama Bantan atau Banten ialah sebuat tempat (daerah) di Jawa Barat, Indonesia. Setelah sekian lama menetap di Makkah. Beliau telah berhijrah ke Jawi atau Tanah Melayu pada tahun 1915 dan menetap di Lenga, Muar, Johor. Semasa menetap di Lenga beliau menubuhkan beberapa kumpulan bagi mengamalkan wirid khaujakan dari kalangan ahli-ahlinya qariahnya dan juga mereka yang datang dari daerah Muar dan sekitarnya.
Semasa peperangan dunia kedua (1939-1940) Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun. Keadaan seluruh negara huru hara dan tidak selamat. Sultan Johor ketika itu DYMM Sultan Ibrahim ibnu Sultan Abu Bakar, menitahkan Kiayi Haji Fadhil Banten tinggal di istana dan beribadah dan berdoa pada Allah (SWT) memohon keselamatan dan perlindungan Baginda Sultan serta keluarganya dan seluruh rakyat negeri Johor. Ketika itu keadaan yang huru hara akhirnya menjadi selamat dan tenang Dengan peristiwa ini wirid khaujakan tersebar luas dan diamalkan di seluruh pelusuk negeri Johor, lebih-lebih lagi ketika kegiatan komunis bermaharajalela yang telah membunuh ramai orang Melayu iaitu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.
Semenjak itu wirid Khaujakan menjadi amalan umat Islam di negeri Johor dan terus berkembang hingga ke hari ini.
Kumpulan wirid Khaujakan telah berkembang di seluruh negeri Johor. Pemimpin dan ahli-ahli wirid khaujakan merasakan sampai masanya kumpulan ini bergiat secara sah dan rasmi dan mendapat pengiktirafan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Maka permohonan telah dimajukan kepada Pendaftar Pertubuhan dan telah didaftarkan pada 8hb November, 1971, bilangan pendaftarannya 473 (Johor) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai ‘Badan Kebajikan Jema’ah Khaujakan Johor’ atau ringkasnya ‘Khaujakan’.
Tujuan utama mengamalkan wirid khaujakan adalah memohon dan mencari keredhaan dan kasih sayang dari Allah S.W.T. serta mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
Disamping itu wirid Khaujakan mempunyai fadhilat atau kelebihan yang terbukti keberkesanannya antaranya yang dapat dinyatakan seperti berikut:
Sebagai sebuah badan da’wah atau pertubuhan agama, Khaujakan menggalakkan ahli-ahlinya supaya berpegang kepada empat (4) prinsip utama seperti berikut:
Disamping mengamalkan wirid secara bersendirian sebagai amalan harian atau mingguan, ahli-ahli mengadakan wirid mingguan secara berkumpulan. Kebiasaannya terdapat kumpulan-kumpulan Khaujakan di masjid-masjid atau surau-surau mengadakan wirid berkumpulan setiap minggu.
Badan Kebajikan Jema’ah Khaujakan Johor juga mengadakan aktiviti di peringkat negeri. Aktiviti ini diadakan secara bergilir-gilir antara daerah-daerah di negeri Johor. Aktiviti-aktiviti adalah seperti berikut:
Melalui aktiviti-aktiviti ini, para ahli dapat berjumpa ahli-ahli dari daerah dan kumpulan lain mengeratkan tali Silaturrahim.
Keahlian Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor terbuka kepada semua orang Islam yang baligh dan berakal (mukallaf) yang sanggup mengikut dasar-dasar tujuan khaujakan sama ada orang muda atau orang tua. Yuran masuk sebanyak RM10.00. Tiada yuran bulanan atau tahunan kenakan.
Ibadah Wirid Khaujakan yang asal adalah panjang. Tetapi sekarang ini telah diringkaskan (dikurangkan bilangannya) iaitu setelah dibuat istiharah oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Othman Azhari. Sekarang wirid ini boleh diselesaikan dalam masa lebih kurang 45 minit sahaja.