Program imarr

Perkataan i.m.a.r.r adalah singkatan kepada Inisiatif Mengimarahkan Rohani Remaja iaitu satu inisiatif kerja dakwah berterusan untuk membentuk remaja dengan membangunkan dan mengimarahkan kerohanian nya (spiritual enliven).Satu program dakwah kerjasama di antara badan dakwah dengan pihak institusi sekolah Remaja di bentuk memiliki jiwa yang besar dengan akhlak, sahsiah serta jatidiri yang cemerlang dengan harapan dapat menzahirkan insan yang Ulul Albab. Insan remaja yang jiwa dan akal yang bersih. Insan Ulul Albab merupakan perkara asas kepada pembentukan generasi yang rabbani. Moto program imarr ialah “Bangkitkan Rohani Mantapkan Jasmani”

Lapan (8) Inisiatif di bawah Program imarr:-
  1. Pendidikan Aqidah dan Iman
  2. Pendidikan Tahsinus Solat
  3. Pendidikan Aqliyah (al Quran)
  4. Pendidikan Hati (Kerohanian)
  5. Pendidikan Cinta Allah dan Cinta Rasul
  6. Pendidikan Jasmani (Fizikal)
  7. Pendidikan Ekonomi (Penabungan)
  8. Pendidikan Sahsiah (Politik)

Kaedah (Manhaj) Penyampaian lapan (8) Inisiatif di bawah Program imarr