Taqwim Khaujakan


Badan Kebajikan Jema’ah Khaujakan Johor satu badan agama yang sangat menggalakan ukhwah dan perpaduan ummah demi menjaga Agama Islam dan mengutamakan kegiatan dan aktibiti yang menjurus kepada manfaaat kesalehan sosial (Berteman dan ibadah).

Selaras dengan dasar badan Khaujakan iaitu mengutamakan Ibadah, Imarah, Mujahadah dan Dakwah dalam segala urusan dan bagi menggalakan ahli ahli istiqamah dan kekal dalam menjalani amal badan Khaujakan telah mengadakan beberapa majlis dan perhimpunan (Haflah) Islamaiyah berbentuk majlis zikir, majlis ilmu, bengkel dan kursus sebagai aktiviti pertubuhan sepanjang tahun.

Majlis ini diadakan secara berkala dan di adakan bergilir-gilir antara daerah-daerah di seluruh negeri Johor.